Jawatan Kosong PENOLONG PEGAWAI PENERBITAN GRED N27 KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS (KUIPs) Kangar

by admin on Oktober 10, 2024

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS (KUIPs) Jobs

Jawatan Kosong PENOLONG PEGAWAI PENERBITAN GRED N27 in Kangar

Description :

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN (PENGETAHUAN/ KEMAHIRAN)V :

  • Berkelulusan Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis sama ada dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, berkebolehan dalam bahasa Arab adalah satu kelebihan.
  • Berkebolehan membantu kerja-kerja penilaian, penyuntingan, penterjemahan dan membaca pruf bahan penerbitan.
  • Pengetahuan dalam bidang produksi penerbitan.
  • Berkebolehan membantu dalam membuat keputusan dengan berkesan untuk pasukan.
  • Berpengetahuan dalam teknologi untuk pengoperasian dan pengkomersilan produk.
  • Berkemahiran dalam bidang komputer dan grafik.
  • Berkebolehan mentafsir dan menganalisa.
  • Berkebolehan menguruskan sumber sedia ada di bawah kawalan.
  • Berkebolehan dipantau pada tahap minima.

SKOP TUGAS:

  • Membantu menguruskan penilaian, penyuntingan, susun atur, penterjemahan dan membaca pruf bahan sebelum diterbitkan.
  • Membantu mendokumentasi, menyelenggarakan katalog induk dan menerbitkan hasil-hasil penyelidikan yang telah dijalankan.
  • Bertanggungjawab membantu menyediakan kemudahan menyimpan, memulihara dan menyalin dokumen dan hasil penyelidikan.
  • Membantu menguruskan perolehan dan penyemakan inventori bahan-bahan penerbitan dan hasil penyelidikan.
  • Membantu memberi khidmat nasihat dalam bidang penerbitan, penulisan, penilaian, pendokumentasian dan pemuliharaan.
  • Bertanggungjawab membantu mempromosi hasil penerbitan penyelidikan dan penemuan baru warga penyelidik menerusi penerbitan buku, jurnal, monograf dan sebagainya.
  • Bertanggungjawab membantu urusan pentadbiran penerbitan, percetakan dan urusan berkaitan Perpustakaan Negera Malaysia (PNM) seperti permohonan ISBN dan mematuhi Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986 (Akta 331).
  • Memastikan keselamatan dan penyimpanan bahan-bahan penerbitan (perlindungan insurans, pengawasan rapi).

Job Type: Contract

Pay: RM1,500.00 - RM5,092.00 per month

Schedule:

  • Monday to Friday

Language:

  • Arabic (Preferred)

Application Deadline: 10/31/2024


If your qualification is matched with the requirement above, please submit your online application directly through KOLEJ UNIVERSITI ISLAM PERLIS (KUIPs) system at :




Disclaimer !
Please note that we do not accept any CV submissions. If You want to apply for a job that you have discovered on karomall.com, simply click on the provided job application link and follow the instructions afterwards. You'll be taken to a more detailed page.