Jawatan Kosong Intern Sales Marketing Cyclecypher Enterprise Melaka
by admin on September 8, 2024Cyclecypher Enterprise Recruitment
Kerja Kosong Intern Sales Marketing in Melaka
Description :
Peluang Latihan Industri: Intern Sales & Marketing di Cyclecypher Enterprise
CYCLECYPHER Enterprise telah berjaya banyak membantu syarikat-syarikat SME di Malaysia dan individu yang mana memerlukan bantuan dalam pembangunan web, teknologi maklumat dan pemasaran atas talian.
Kami membantu banyak syarikat seluruh Malaysia. Kami mempunyai pengalaman dalam bidang Teknologi Maklumat selama 23 tahun telah mula membangunkan jenama CYBERCYPHER sejak tahun 2015. Sepanjang perkhidmatan kami, pelanggan kami terdiri daripada individu-individu, ushawan pelbagai sektor perniagaan, agensi-agensi kerajaan dan swasta.
Jenama CYBERCYPHER pada asalnya ditubuhkan atas dasar membantu usahawan kecil dan sederhana untuk mendapatkan web perniagaan untuk memasarkan perniagaan mereka, memperkenalkan produk dan servis mereka kepada masyarkat.
Kami sedang mencari pelajar yang bersemangat untuk menyertai kami sebagai intern dalam department Sales & Marketing.
Peluang ini terbuka kepada mereka yang berminat untuk mengembangkan kemahiran dalam kedua-dua bidang ini, dengan penekanan khusus pada pembelajaran dalam jualan (sales).
Fokus Pembelajaran dalam Jualan (Sales)
Dalam bidang jualan, anda akan mempelajari aspek-aspek penting yang menjurus kepada kejayaan dalam menjual produk atau perkhidmatan. Kami akan memberi pendedahan kepada anda tentang:
- Teknik Penjualan dan Negotiate:
Anda akan mempelajari pelbagai teknik untuk mendekati pelanggan, memahami keperluan mereka, dan menyesuaikan tawaran dengan apa yang mereka perlukan.
- Pengurusan Pelanggan:
Kami akan membimbing anda tentang cara membina dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan. Ini termasuk memahami kepentingan maklum balas yang cepat dan profesional serta mengekalkan kepercayaan pelanggan melalui perkhidmatan selepas jualan.
- Pengetahuan Produk dan Perkhidmatan:
Sebagai seorang intern, anda akan dilatih untuk memahami dengan mendalam produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat. Ini penting supaya anda boleh menyampaikan maklumat dengan tepat dan meyakinkan kepada pelanggan.
- Analisa Prestasi Jualan:
Anda akan diajar untuk menganalisis data jualan dan menggunakan maklumat ini untuk meningkatkan strategi penjualan. Ini melibatkan penggunaan alat analitik dan teknik laporan untuk memantau kemajuan dan mengenal pasti peluang baru.
Pembelajaran dalam Pemasaran (Marketing)
Selain daripada jualan, anda juga akan memperoleh kemahiran dalam pemasaran. Ini termasuk:
- Penyelidikan Pasaran:
Belajar cara mengenal pasti segmen pasaran, memahami demografi pelanggan, dan menilai trend pasaran. Ini penting untuk merancang strategi pemasaran yang berkesan.
- Pengurusan Kempen Pemasaran:
Anda akan terlibat dalam merancang, melaksanakan, dan menilai keberkesanan kempen pemasaran. Ini melibatkan penggunaan pelbagai saluran seperti media sosial, email marketing, dan content marketing.
- Pengurusan Media Sosial:
Mempelajari cara menguruskan dan mencipta kandungan untuk platform media sosial. Anda akan memahami bagaimana untuk meningkatkan penglibatan dan membina kehadiran jenama dalam talian.
- Branding dan Positioning:
Fahami bagaimana untuk meletakkan jenama di pasaran dan memastikan lebih menarik kepada pelanggan sasaran.
Tempoh dan Lokasi Latihan
- Lokasi: Cyclecypher Enterprise, 13-1, Jalan Seri Emas 1, Taman Seri Telok Emas, Melaka.
- Tempoh: 3-6 bulan dengan jadual fleksibel untuk memenuhi keperluan akademik anda.
- Bayaran: RM450.00 ~ RM500.00 sebulan.
- Jadual: Isnin hingga Jumaat, Sabtu separuh hari.
Bagaimana Memohon
Untuk memohon, hantar resume dan surat permohonan anda ke [email protected] / [email protected] / [email protected]. Nyatakan minat anda sama ada dalam jualan atau pemasaran dan bagaimana anda merancang untuk memanfaatkan pengalaman ini dalam kerjaya masa depan anda.
Kelayakan dan Keperluan:
Sedang melanjutkan pengajian atau baru sahaja menamatkan pengajian dengan ijazah sarjana muda dalam Pentadbiran Perniagaan/Pengurusan, Jualan, Pemasaran
· Keinginan yang kuat dan pengetahuan perniagaan untuk penjualan.
· Kemahiran komunikasi verbal dan bertulis, analitikal, dan persembahan yang menarik.
· Minat terhadap teknologi dan berorientasikan pelanggan.
· Semangat keusahawanan dan bersikap proaktif.
Peluang ini adalah langkah pertama yang penting dalam perjalanan kerjaya anda. Dengan penekanan khusus pada jualan, anda akan mendapat pendedahan langsung kepada teknik-teknik dan strategi yang diperlukan untuk berjaya dalam dunia perniagaan. Sertai kami di Cyclecypher Enterprise dan mulakan kerjaya anda dengan kukuh dalam bidang sales & marketing!
Expected Start Date: 07/10/2024
Job Type: Internship
Contract length: 6 months
Pay: RM450.00 - RM500.00 per month
Schedule:
- Day shift
If you strong confindence you meet the requirement above, please register and sign in to Cyclecypher Enterprise e-recruitment website with link as follow :
Disclaimer !
Please note that we do not accept any CV submissions. If You want to apply for a job that you have discovered on karomall.com, simply click on the provided job application link and follow the instructions afterwards. You'll be taken to a more detailed page.