Jawatan Kosong Marketing Executive FARMASI iSIHAT SDN BHD Manjung
by admin on Januari 29, 2025FARMASI iSIHAT SDN. BHD Job Vacancies
Jawatan Kosong Marketing Executive in Manjung
Description :
Pengurusan Strategi Pemasaran
1. Merancang dan melaksanakan strategi pemasaran yang berkesan untuk meningkatkan jualan dan jenama syarikat.
2. Menentukan hala tuju pemasaran berdasarkan analisis data dan trend pasaran.
3. Bertanggungjawab dalam pengurusan dan pelaksanaan kempen pemasaran secara keseluruhan.
Pengurusan Pasukan
1. Menjadi ketua kepada dua orang staf dalam pasukan pemasaran iaitu Digital Marketer dan Social Media & Live Host.
2. Menyediakan panduan, pemantauan, dan penilaian prestasi pasukan bagi memastikan objektif pemasaran tercapai.
3. Memberikan arahan yang jelas mengenai tugas harian dan projek pemasaran.
Pengurusan Bajet Pemasaran
1. Merancang, mengawal, dan mengurus perbelanjaan pemasaran agar selaras dengan bajet yang telah ditetapkan.
2. Mengoptimumkan perbelanjaan pemasaran untuk mendapatkan ROI (Return on Investment) yang terbaik.
3. Memantau dan menganalisis keberkesanan setiap perbelanjaan pemasaran.
Analisis Data Pemasaran & Laporan kepada Pengurusan
1. Menganalisis prestasi kempen pemasaran melalui data dan laporan.
2. Mengenal pasti trend, peluang, dan cabaran pasaran serta mencadangkan tindakan susulan.
3. Menyediakan laporan kepada pengurusan mengenai ROI (Return on Investment) bagi setiap kempen pemasaran.
4. Menyampaikan hasil strategi pemasaran serta cadangan penambahbaikan kepada pihak pengurusan.
5. Membentangkan prestasi pasaran, kekuatan serta kelemahan strategi pemasaran yang telah dijalankan.
Pembangunan dan Pelaksanaan Strategi Digital
1. Memastikan keberkesanan pemasaran digital melalui pelbagai platform termasuk media sosial, SEO, SEM, dan e-commerce.
2. Bekerjasama dengan pasukan digital untuk mengoptimumkan strategi pemasaran secara dalam talian.
3. Mengawasi kandungan pemasaran digital agar selari dengan identiti jenama syarikat.
Pengurusan Kandungan dan Promosi
1. Merancang kempen promosi, iklan, dan aktiviti pemasaran lain yang bersesuaian.
2. Memastikan kandungan pemasaran selaras dengan visi dan misi syarikat.
3. Bekerjasama dengan vendor, agensi pemasaran dan pihak ketiga bagi meningkatkan impak pemasaran.
Kajian Pasaran & Inovasi
1. Melakukan kajian pasaran untuk mengenal pasti peluang baru bagi pertumbuhan perniagaan.
2. Menilai pesaing dan membangunkan strategi pemasaran yang lebih kompetitif.
3. Meneroka trend pemasaran terkini dan mengesyorkan strategi inovatif.
KELAYAKAN:
1. Ijazah Sarjana Muda dalam Pemasaran atau bidang berkaitan.
2. Pengalaman sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang pemasaran.
3. Mempunyai kemahiran analisis data yang baik dan mampu membuat keputusan berdasarkan maklumat yang diperoleh.
4. Kemahiran kepimpinan yang kukuh untuk mengurus dan membimbing pasukan pemasaran.
5. Mahir dalam strategi pemasaran digital, pengurusan kandungan, dan pengiklanan berbayar.
6. Berpengalaman dalam menguruskan bajet pemasaran secara efektif.
7. Mempunyai kemahiran komunikasi dan perundingan yang baik.
8. Berkebolehan bekerja secara proaktif, kreatif, dan berorientasikan hasil.
Job Type: Full-time
Pay: RM2,500.00 - RM3,500.00 per month
Benefits:
- Free parking
- Maternity leave
Schedule:
- Day shift
Education:
- Bachelor's (Required)
Experience:
- Marketing & Multimedia: 5 years (Required)
For further information, please refer official source from FARMASI iSIHAT SDN. BHD Career Center on following link below. If you meet the requirement and are interested in building a future career with FARMASI iSIHAT SDN. BHD, please register yourself at :
Disclaimer !
Please note that we do not accept any CV submissions. If You want to apply for a job that you have discovered on karomall.com, simply click on the provided job application link and follow the instructions afterwards. You'll be taken to a more detailed page.